Friday, May 22, 2009

Perlukah

Perlukah...

Aku berbergantungan dengan tali2 yang rapuh
Hingga aku terjatuh
Menyedari bahawa itu semua mimpi?

Perlukah...

Aku menharap akan suatu yang samar
Hingga aku resah
Menyedari itu semua tidak pasti?

Perlukah...

Aku memujuk hati ini supaya bersabar dan terus di rundung sendu
Hingga aku lupa untuk
Menyedari itu semua ilusi?

Perlukah...

Aku terus tidur untuk melupakan segala kesedihan
Hingga bermimpi akan kegembiraan tetapi terjaga
Menyedari ia masih menghantui isi malam ini?

Perlukah...

Wujud semua ini tanpa ada seribu satu hikmah
Hingga aku tersedar bahawa
Ketentuan ini datang dari ilahi....


Perlukah......maka aku hanya berusaha mengharap ia disedari Illahi...

No comments:

Post a Comment